PELIK !! Padang Bola Sepak ini Mempunyai Pokok Ditengah-Tengahnya

loading...


Pelajar di Sekolah Menengah Yucai terpaksa berhati-hati ketika bermain bola di padang bola sepak di sekolah itu kerana sepohon pokok yang berusia beratus-ratus tahun menyibuk di tengah-tengah padang terbabit.

Membina padang bola mengelilingi sepohon pokok memang kedengaran tidak masuk akal, tetapi sekolah terbabit tidak mempunyai pilihan.

Difahamkan, sekolah itu dikelilingi oleh pelbagai bangunan bersejarah, dan kawasan pokok itu merupakan satu-satunya ruang yang ada untuk padang bola. Sebelum kerja membina padang dimulakan, pihak sekolah ada meminta kebenaran supaya pokok itu dipindahkan ke tempat lain. Namun mereka diberitahu pokok itu berusia beratus-ratus tahun dan dianggap sebagai salah satu harta bernilai negara.

Memindahkan pokok itu mungkin boleh mengundang risiko jadi mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menerimanya.

Bermain bola di atas padan gitu pasti akan mengundang perasaan kecewa. Hantaran-hantaran panjang pasti akan dipotong oleh dahan-dahan pokok dan hantaran pendek akan disekat oleh batang pokok itu. Huh. Bertabahlah.




loading...

0 Response to "PELIK !! Padang Bola Sepak ini Mempunyai Pokok Ditengah-Tengahnya"

Post a Comment

Adsense

facebook KLIK PANGKAH DUA KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH DUA KALI UNTUK TUTUP Button Close