ALLAHHUAKBAR !!! sebak bila baca ayat ni..."Ayah Tak Mampu Nak," Luahan Seorang Ayah Kepada Anaknya Yang Sedang Terbaring Sakit ,jom kita bantu TULARKAN akan kita dapat juga tolong abang ni..JANGAN KEDEKUT..

loading...


Kasih seorang ayah, kasihnya sampai ke syurga, itulah yang boleh digambarkan dengan apa yang berlaku kepada  Amran Jabar, 53, yang hilang punca pendapatan sejak menjaga anak sulungnya berusia 27 tahun yang terlantar di rumah sejak empat tahun lalu, lapor Harian Metro.

Menurut beliau, beliau hanya mampu untuk membeli kemeja-T dan seluar bundle berharga RM10 untuk anaknya itu Nor Azlin bagi menyambut Aidilfitri yang akan menjelma.

Dalam tempoh anaknya itu sakit, Amran hanya mampu untuk mengumpul barangan untuk dikitar semula berhampiran rumah dengan pendapatan harian sekitar RM5.

“Sebagai bapa saya memang mahu memastikan Nor Azlin yang juga orang kurang upaya (OKU) Palsi Serebrum sentiasa selesa, malangnya saya tidak mampu berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkannya berseorangan di rumah dalam tempoh lama.

“Nor Azlin walaupun hanya terlantar dan tidak mampu berbual, namun dia masih faham perbualan kami dan akan rasa tersinggung apabila melihat ada tetamu datang ke rumah kami pada Aidilfitri lalu memakai pakaian baru, sebaliknya dia hanya memakai baju lama.

“Kebiasaannya apabila merajuk, dia enggan makan menyebabkan kami terpaksa memujuknya berulang kali,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Nibong 22, Taman Daya, di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, setiap hari dia hanya mampu untuk menyediakan makan kepada anaknya dengan menu telur goreng dan kicap sebagai juadah berbuka puasa untuk seisi keluarganya termasuk Nor Azlin dan anak lelaki bongsu berusia 16 tahun.

Beliau mempunya empat orang anak dimana anak keduanya sudah berumah tangga dan melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) perubatan di Universtiti Tun Hussein Onn (UTHM) manakala anak ketiga kini mengikuti pengajian kejuteraan peringkat ijazah di sebuah universiti awam di Melaka serta tinggal di kawasan berhampiran.

Katanya, bantuan bulanan RM300 diperoleh Nor Azlin daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya mampu menampung sebahagian perbelanjaan dapur selain kos pembelian lampin pakai buang.

“Sebagai duda anak empat, saya bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa dengan sebaik mungkin serta menjaga kebajikan anak-anak terutama Nor Azlin. Justeru, saya amat berharap Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil membantu keluarga kami,” katanya.

Isteri beliau Siti Noridah Jamal dilaporkan telah meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Amran menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0114941000042932. 


loading...

0 Response to "ALLAHHUAKBAR !!! sebak bila baca ayat ni..."Ayah Tak Mampu Nak," Luahan Seorang Ayah Kepada Anaknya Yang Sedang Terbaring Sakit ,jom kita bantu TULARKAN akan kita dapat juga tolong abang ni..JANGAN KEDEKUT.."

Post a Comment

Adsense

facebook KLIK PANGKAH DUA KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH DUA KALI UNTUK TUTUP Button Close